Video
27 July 2026
#DariDapur EP9: Ili Ruzanna memasak bersama komuniti pelarian Myanmar, sambil mengenang keluarga
"Ibu kita semua sama je." ❤️ Sambil menikmati masakan tradisional Myanmar, DJ @hitzdotmy Ili Ruzanna @helloitsili mengenang arwah ibunya bersama tiga orang pelarian daripada komuniti Shan di Myanmar. Mereka turut berkongsi resipi kegemaran mereka, Mi Shan, kisah kehidupan mereka selepas meninggalkan Myanmar, serta harapan mereka untuk masa depan. Kaum Shan berasal dari timur Myanmar, sebuah wilayah yang telah lama dilanda konflik bersenjata. Sejak kudeta tentera pada tahun 2021, semakin ramai rakyat Myanmar — terutamanya daripada komuniti etnik minoriti seperti kaum Shan — terpaksa meninggalkan tanah air demi mencari keselamatan di negara lain. Sebuah kolaborasi bersama Coalition of Burma Ethnics Malaysia (COBEM), dan Astro Awani @astroawani.